Sunday, 12 February 2012

nak kenal blogger nie???


assalamualaikom kepada semua pembaca,
  saya merupakan salah seorang daripada tiga blogger blog ini ,saya telah diberi tugasan oleh ketua blog ini iaitu haris, tugas saya di blog ini ialah sentiasa memastikan setiap rencana yang dimuat naik ke dalam blog ini agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan menjaga sensitiviti dari segi perkauman ,agama mahupun diri . Membuat blog adalah merupakan pengalaman yang baru buat saya , jadi buat pertama kalinya saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya , sebelum itu saya ingin menceritakan serba sedikit tentang institusi belajar saya yang berada di Arau,Perlis iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirrajuddin . Saya telah ditawarkan diploma jurusan pengurusan perniagaan pada pertengahan bulan 11 tahun 2011 . Hati saya sangat teruja  apabila buat pertama kalinya saya melangkah kaki di politeknik ini , saya berasa sangat seronok dengan setiap rekaan banggunan disini sangat besar dan cantik malahan rekaannya yang sangat sistematik , tambahan pula dengan perasarana  disini disediakan dengan  lengkap serta teknologi yang canggih turut digunakan disini . Kemudahan yang sediakan disini cukup lengkap dan ia merupakan tempat yang sangat sesuai untuk belajar .
mula-mula sekali

   nama saya ialah Budiman bin Shamsuri , saya berumur 19 tahun 4 bulandan saya merupakan anak yang ke-enam dari tujuh adik beradik yang lain . saya di lahirkan di Kampung Baharu , Kuala Nerang pada 21 oktober 1992 . saya bersekolah di sekolah kebangsaan Anak-Anak Angkatan tentera pada tahun 1998 hingga 1999 seterusnya saya berpindah ke sekolah kebangsaan siputeh di kodiang . setelah tamat pengajian di darjah enam .Pada tahun 2004 Saya telah ditawarkan ke sekolah Hosba untuk menjadi perintis kelas agama . setelah menamatkan pelajaran saya di tingkatan lima pada tahun 2009 , pada tahun 2011 saya telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran di politeknik Tuanku Syed Sirajuddin . Sekarang saya berada di semester yang pertama dimana jurusan yang akan di pejari oleh saya ialah diploma pengajian perniagaan dimana subjek-subjek utama yang akan dipelajari oleh saya antaranya Principles of Marketing , Economics , Principles of Accounting , dan Stastistics  . walaupun bermula dengan tiada asas , saya yakin dapat menbelajarinya dengan baik..akhir kata sampai disini sahaja yang saya ceritakan serba sedikit tentang saya ...sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment